Monday, May 2, 2011

EXAM itu pun satu nikmat..

Assalamualaikum..terima kasih ALLAH kerana saya masih bernafas..

Oleh sebab tengah cuti, n banyaknya masa lapang yang selalu terbazir dengan tengok cerita korea + movie yang ada (ulang2 pulak tu, nampak sangat takda kerja), plus browse recepi2 kat internet(padahal x buat2 jugak), ditambah dengan hobi membuka peti ais setiap setengah jam..telah mendorong untuk visit blog sendiri yg dah penuh semak samun ni..

Untuk student2 uia,esok result keluar!!waarghh...cuak +_+'.. teringat pulak time exam hari tu..exam week memang best lah,celik mata-solat-study-tido2 kejap konon dah study banyak so deserved a nap (err..tido 2 jam tu nap jugak ke??)-makan-snacking-toileting-movie kejap-exam-enjoy-tutup mate..ulang2 sampai habis paper kan..xtau lah orang lain macam mana pulak, better kot

perangai memang buruk..time exam week tu la baru nak struggle separuh mati..baru lah faham A sampai Z(Alhamdulillah la faham,kalau x time exam boleh tido je la yang mampu),selama ni pergi kelas entah buat apa(salin notes je)..bila nak berubah nih!!patut la result macam "tu" hu2..teringat Dr Jesni cakap.."actually what is your purpose here?for the sake of knowledge and education, or just for a paper called degree?"..

hah ambik,siapa makan lemon dia rasa masam~kena batang hidung sendiri,baru lah terfikir pasal tu kan..dok tunggang terbalik 6 tahun kat uia ambik math ni last2 x dapat ape pon,xnak lah macam tu hu2 rugi2..rugi duit,masa,buat penat perah otak yang tak hebat mana pon ni je..tapi nasib baik budak2 cts(computational and theoretical science) batch kami gagah2 n kuat semangat nak habiskan study, n dorang semua pandai dan bijak2, plus tak kedekut ilmu nak ajar diriku yang tak berapa nak hebat nih..thanks kawan2=)

memang lah exam tu satu benda yang tak menyeronokkan+irritating+stress+membunuh(lagi2 kalau paper straight sampai 3-4 hari)+memualkan (nak hadam notes n slides yg tebal)+menggemukkan(makan banyak tp terperap kat meja study) dan seumpama dengan nya..tp masa dalam exam hall rasa tenang, dapat or tak dapat jawab pon redha je sebab dah usaha kan..lg pon nikmat jawab exam lepas struggle tu memang terbaik lah, sebab dah cakap dalam hati masa study tu kena ikhlas,nak jawab exam pon kena ikhlas..so nak dapat result ni pon kena redha n ikhlas..memang betul pon orang kata "learning is fun"..kalau tak ada sistem exam memang tak jadi orang agaknya (ditujukan kat diri sendiri je)..

so dipendekkan cerita..saya suka exam!!hahaha...sebab exam baru suiz kat otak "ON" n daya serap pada tahap maksima( kagum dengan diri sendiri, sambil tepuk2 bahu kata "gudjob2!!")..hoho nampak sangat exam oriented..sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah situasi yang kritikal ni~

BTW,goodluck kepada yang masih dalam mood exam, ikhlaskan hati doa banyak2 InsyaALLAH dipermudahkan..
kepada rakan2 uia, goodluck jugak, semoga result kita semua lebih baik dari yang lepas2

::sila jangan tanya result saya,buang masa dan kredit je ha3::

Tuesday, June 1, 2010

pasang surut

kenapa yer susah nak cari ketetapan hati?iman turun naik,semangat pasang surut,kesedaran dan keinsafan bermusim..hari ni ingat esok lupe,hari ni sedih esok gembira,hari ni prihatin esok lupa..takut dengan kelemahan iman diri sendiri,kadang2 terang kadang2 malap..semoga tidak gelap..ya Allah nampakkanlah kepada kami cahaya,suluhlah jalan kami menuju jalan pulang kepadamu..tuntun setiap langkah kami,tunjukkan jalan yg kau redhai..

bantulah kami memperbaiki mutu solat kami supaya mencapai kesempurnaan..sesungguhnya solat yg sempurna dapat memudahkan kami untuk berubah kearah kebaikan..saya masih teringat seorang rakan pernah mengingatkan,solat yg tidak sempurna mungkin merupakan sebab kenapa kite susah nak berubah..hati teringin nak jd rajin,kurangkan berfoya2,banyakkan membaca,tp kenape la susah sangat nak berubah ni?hati teringin nak banyak buat solat2 sunat,join usrah,pg talk n ceramah dengan keikhlasan hati(selalu pg kalau compulsary je),tp liat betul la nak berubah..so,mari kite kaji solat kite..dimana silapnye..

.::biarlah sempat..menjana iman,melebar takwa..sebelum dipanggil pulang::.